Wednesday, June 18, 2008

Semalam kita anda bercerita tentang pakaian yang ditempah terbesar saiznya. Hari ini kita sambung semula topik semalam dan cara-cara penyelesaiannya.

Walaupun baju yang anda tempah telah direpair semula tetapi ia tetap tidak selesa dipakai dan masih tidak memenuhi citarasa anda. Timbul rasa tidak puas hati terhadap tukang jahit tersebut tapi apakan daya..., semuanya telah berlaku. Mulalah timbul difikiran nak cara tukang jahit lain, mulalah kita sibuk bertanya kepada kawan-kawan dimana mereka menempah baju, selesa dipakai tak..., mahal ke murah dan bermacam lagi soalan yang timbul. Sebenarnya kalau anda pergi ke 10 orang tukang jahit sekali pun andaikata mereka tidak mengamalkan sikap seperti topik yang terdahulu pasti anda akan tetap kecewa. Cubalah dahulu dengan menghantar kain yang kurang mahal, jika selesa dipakai bolihlah mencuba dengan kain-kain yang lain.

Sebenarnya bukan saya menulis topik ini untuk mencari kesilapan tukang-tukang jahit sama sekali tidak ( saya meminta maaf bebanyak kalau menyinggung perasaan anda ). Tujuan sebenar ialah nak berkongsi pengalaman dan cara-cara mengatasi masalah pakaian yang terbesar saiznya. Satu soalan yang saya nak bertanyakan kepada anda semua, apakah yang anda lakukan jika anda mempunyai banyak pakaian terbesar saiznya.? Adakah anda membiarkan saja pakaian tersebut berlipat didalam almari ataupun anda memberikan kepada sedara mara dan kekawan? Bayangkahlah 1/4 dari almari anda dipenuhi dengan pakaian yang agak besar saiznya dan anda kurang selesa untuk memakainya. Ataupun pakaian tersebut anda tempah semasa anda gemuk. Hari-hari anda memegang baju-baju tersebut, terasa ingin dipakai bila disarungkan kebadan ia longgar disana sini. Kadang-kadang anda terfikir bolih ke baju-baju aku ni dikecilkan..., tapi dimana...?

Sebenarnya ia memang bolih dikecilkan, anda terpaksalah rajin sikit bertanya kepada kwan-kawan anda atau bertanyakan kepada tukang-tukang jahit yang membuat tempahan baju ataupun bertanya kepada tukang-tukang jahit yang membuat kerja alterations jean dan seluar. Tentu anda akan mentertawakan saya bila saya menyarankan anda bertanyakan masalah itu kepada tukang-tukang jahit yang melakukan kerja alterations jean. Sebenarnya anda jangan terkejut ada diantara mereka mengambil upah untuk mengecilkan pakaian perempuan. Ada yang benar-benar mahir dan ada yang sekadar cuba-cuba tapi hasilnya belum tentu. Anda jangan teperanjat jika mereka lebih mahir dari tukang-tukang jahit perempuan yang yang hari-hari membuat tempahan pakaian perempuan. Walaupun mereka tidak mempunyai sijil untuk menjahit pakaian perempuan tetapi mereka lebih kesilapan-kesilapan yang dilakukan olih tukang-tukang jahit.
Kita akan sambung lagi topik ini dilain masa.

No comments: