Tuesday, June 17, 2008

Bila pakaian anda terbesar saiznya apakah tindakan anda?

Assalammualaikum,
Bila disebut sahaja pakaian yang dibeli mahupun ditempah terbesar di- bahagian sana terkecil dibahagian sini tentu mengecewakan sipemakainya. Aptah lagi ia ditempah dari kain yang mahal atau pemberian seseorang. Bila diberitahu kepada tukang jahit yang membuatnya, bermacam alasan yang diberi. Ada yang berkata kena tunggu dulu, ada yang berkata tak bolih dikecilkan atau dibesarkan. Kalau bolih repair pun kena tunggu 2 minggu lagi. Tentu jawapan yang diberikan amat mengecewakan anda. Apa bolih buat kena tunggu jugak ler....!

Kenapa semua masalah itu bolih berlaku.., mari kita cuba cari jawapannya. Salah satu penyebab utama adalah kesilapan manusia. Mengambil sambil lewa saja, asalkan duit masuk dah ler.., Mereka tidak memikirkan kepentingan pelanggan mereka. tanpa pelanggan siapalah situkang-tukang jahit tersebut. Selain itu semasa mereka belajar untuk menjahit mereka diajar untuk menggunakan garisan pola,pembaris lengkung, kertas karbon dan lain lagi. Pada mula mereka menerima tempahan memanglah mereka mengikut semua peraturan jahaitan tetapi setelah agak mahir dan banyak jahitan mereka mula melupakannya ( ini bukan tuduhan melulu tetapi fakta yang saya lihat sendiri). Disamping itu, walaupun telah diberikan baju lain sebagai contoh dan ukuran tetapi masih juga terbesar disana sini, mengapa ini bolih berlaku? dari pemerhatian dan pengalaman saya membaiki pakaian perempuan, memang ukuran saiz baju contoh yang diberi jauh bezanya dengan baju yang ditempah. Kadang kala ukuran dibahagian dada terlebih 2 inci, begitu juga dengan ukuran bahu, pinggang dan juga punggung. Saya selalu menerima baju-baju yang baru ditempah tetapi perlu dikecilkan. Kan ini mengecewakan mereka, servis telah dibayar tetapi hasilnya kurang memuaskan. ok..., kita sambung lagi dilain waktu.

No comments: