Tuesday, July 1, 2008

Bersua lagi......, mari kita sambung semula berkenan topik minggu lalu, adakah baju yang ditempah terbesar saiznya, bolih direpair ke tidak. Jawapan memang bolih seperti yang saya beritahu dahulu, cuma anda kena mencari tukang jahit yang membuat kerja-kerja alterations ataupun restyling pakaian. Anda kena mencuba dengan menghantar sehelai dahulu baju anda untuk dicuba perkhidmatannya. Jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukannya anda bolih terus berurusan dengannya dan jika sebaliknya anda kenalah mencari dan mencari tukang-tukang jahit yang berpengalaman.

Dari permerhatian, temubual, ada beberapa sebab yang menyebabkan kejadian baju ditempah kurang selesa dipakai atau terbesar saiznya. Seperti apa yang telah saya terangkan dahulu ada banyak lagi sebab-sebabnya.
Biasanya kebanyakkan tukang jahit baju perempuan mempunyai satu sifat iaitu terasa sayang bila melihat yang diukur masih banyak lebihannya.
Mereka seolah-olah tidak yakin bahawa ukuran yang diambil dahulu bersesuaian dengan tuan punya badan. Bila diukur, didapati masih bayak lebihan kain lantas mereka membesarkan sedikit ukuran badan tuan punya kain tersebut. Maka secara tidak langsung ukurannya sudah berubah.

Seperkara lagi bila mereka membentangkan kain diatas meja pemotong, mereka tidak meratakan permukaan kain dengan betul, terdapat permukaan yang berkedut disan sini. Inilah salah satu punca baju terbesar saiz. Disamping itu juga kesilapan mengambil ukuran bahu yang betul juga menyebabkan punca baju tersebut terbesar saiznya. Ada juga ketika menjahit untuk mencantumkan potongan kain tadi, tidak mengikut garisan pola tanda dibuat. Selain itu menyerahkan kepada pekerja yang kurang mahir untuk menjahit pakaian tersebut. Semua ini adalah punca-punca kenapa baju yang ditempah terbesar saiznya.